31 October, 2014

JALAN MALAM CARI MAKAN..

28 Oktober 2014 Aku n wife bawa anak-anak makan di Teluk Air Tawar, kedai biasa aje tapi menarik masakan dia..saja nak try cause member wife aku cakap sedap mkan kat situ.






 Sweet sour memang terbaiklah..




27 October, 2014

KAMPUNGKU DIGENANGI AIR HUJAN..

 Semalaman hujan telah menyebabkan sebahagian kawasan yang rendah ditenggelami air..alhamdulillah rumah pusaka yang didiami oleh adik aku masih berada dalam keadaan terkawal..air pun naik belakang rumah saja, belakang rumahku sungai dulunya tempat mandi manda semasa zaman kanak-kanak suatu ketika dulu.









22 October, 2014

Aku Budak Kampung RAMSA KARAOKE VC

POTRET ARWAH AYAH & IBUKU..AL-FATIHAH




Ayahku Mohamad Nor Bin Abu Bakar & Ibuku Che Su Bt Abdullah

Aku rindu kalian..telah bertahun-tahun aku tidak dapat mengungkap panggilan ayah..emak..sememangnya aku rindu sangat..

Semoga roh mereka dicucuri rahmatnya..amin


06 October, 2014

KENDURI KESYUKURAN ANAK SAUDARAKU...

Tanggal 05 Oktober 2014, anak saudaraku telah mengadakan majlis kesyukuran sempena Hari Raya Korban dan juga sempena al-kikah anak mereka...




  inilah yang paling aku suka...meratah daging gear box..memang terbaik..

habis aku sedut..jenuhlah kolestrol aku..apa pun makan dulu..


03 October, 2014

BERIADAH DI ULU LEGONG

Tanggal 20.6.2014 aku bersama gang opis menghilangkan tekanan kerja dengan pergi beriadah di ulu legong kedah. Memang terbaiklah untuk sesekali datang tempat ni, bagi menghilangkan stress kerja seharian...korang kalau nak rasa ketenangan inilah tempatnya...
 kebetulan waktu itu kena musim buah ..apa lagi terus singgah di pondok durian tepi-tepi jalan... 



 aktiviti BBQ malam hari..kambing tuu...uu
lewat malam kami masuk ke kawasan kolam air panas..syok berendam lewat-lewat malam...




02 October, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Tanggal 07.09.2014, aku menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Hj.Azizi dan Hjh.Salwa depa ni kawan kepada abang aku semasa sama-sama menunaikan Haji..kenduri diadakan di Perkarangan Pasar Awam Balik Pulau, Pulau Pinang. Majlis dibuat dengan serba mewah, makanan pun memang sedap-sedap belaka. Moga jodoh anak beliau kekal sehingga akhir hayat...amin.


 Khemah perkahwinan dihias dengan begitu indah sekali...