Jom kita lihat perkampungan petani jepun di Shirakawa Village terletak di kawasan pergunungan terpencil di pulau Honshu Jepun. Ciri iklim disini hujan salji lebat dan hujan lebat - iklim mempengaruhi seni bina Gassho-zukuri. Rata-rata penduduk disini bersawah, ianya telah diwarisi sejak turun temurun lagi.
Gaya Gassho-zukuri juga boleh dilihat di kampung Gokayama - di Toyama Wilayah di Honshu. Shirakawa dan Gokayama pada tahun 1995 telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia dilindungi oleh UNESCO.
Sejauh mana pun kita melangkah kampung kelahiran kita tetap dihati..bak kata pepatah hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri..