Bagi yang ada tanah sendiri dan ada pula modal eloklah tengok-tengok model mana yang jadi pilihan hati anda..
09 May, 2016
07 May, 2016
HATI SEORANG ISTERI..
Ada yang terasa hati dengan isteri hari ini?
SAIDINA Umar RA berpesan, apabila rasa tersinggung, tak puas hati atau marah kepada isteri, kenanglah sekian banyak pengorbanannya mengandung dan melahirkan anak, menjaga suami dan rumah tangga malahan pula bagi isteri-isteri yang bekerja, mereka bahkan turut berkorban untuk tambah belanja rumah.
Kerana itu, isteri adalah keajaiban dunia yang kelapan, sepanjang zaman!
7 Jasa-Jasa Isteri
04 May, 2016
KAMPUNG KUALA SUNGAI LIMAU
Indahnya suasana kampung kuala sungai limau kedah, kawasan ini di tepi laut kalau berada ditepi pantai boleh lihat jambatan ke pulau song song dekat sangat. Sebenarnya ini program jejak rakan-rakan sekolah isteri aku..kesempatan ini aku rakamkan keindahan suasana kampung kat situ..anak-anak aku punya syok main buaian pukat ikan yang diikat pada pohon kayu yang tinggi..anak-anak aku asyik main sampai tak mau makan..paling best nak balik ditapau dengan ikan masin buatan sendiri memang terbaik..
tali buaian yang diikat pada dahan pokok..tinggi ni |
syok habih dapat main buaian ni.. |
permandangan rumah tepi sawah & sawah padi selepas dibajak..damai sekali |
rumah ni cantik sangat..tiada siapa tinggal kat situ hanya kambing yang menjadi penghuni tetap rumah itu.. |
anak perempuan tunggal aku pun nak juga posing kat tepi sungai ni.. |
NIRA NIPAH SEDAKA
"Mulanya kawan isteri aku ajak datang minum nira dan aku fikir aku akan pergi ke
kawasan lumpur atau tepi jalan. Alangkah terkejutnya bila aku lihat
kawasan berselut itu sebuah taman yang menarik". Kalau anda ke daerah Yan, Kedah jangan lupa singgah minum nira nipah..memang sudah famous sangat nira kat kampung sedaka ni..
Yang Berhormat pun datang minum nira nipah ni.. |
anak bongsu aku pusing keliling almaklumlah ini first time dia masuk hutan nipah yang elok..selalunya berselut dan lumpur.. |
anak aku teruja dapat pegang buah nipah. |
cantik sangat taman pokok nipah ni.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)