09 December, 2014

KAMPUNGKU..

07 Disember 2014...Agak lama aku tidak menjengah ke kampung,tidak banyak perubahan sangat..cuma pokok-pokok renek hutan telah sama tinggi dengan pinggangku..buah-buah kayu sudah tidak bermusim lagi yang tinggal hanya bebunga jambu yang tidak pernah kenal erti musim buah..selalu akan berbuah..pohon kelapa baru berbuah sulung agak lebat di tandan...aku rindu kedamaian dulu yang tidak bisa datang menghampiri aku lagi..tringat aku lopak yang di genangi air ketika hujan menjadi tempat mainan cucu-cucu penakan dan anak penakanku sekarang ini....mungkinkah kedamaian dahulu boleh segar kembali sepertimana bebunga jambu yang sentiasa mekar berbunga..
 Inilah rumah peninggalan arwah ayah & emak...

 Pokok getah Pak Su masing-masing berlumba mencari mentari..
 Buah sulung pohon kelapa di sudut halaman...
 Ini rumah kakakku..
 Pohon jambu yang sentiasa berbunga..
 Bekas perangkap serangga..ini abang iparku yang merekacipta...

 Pewaris keturunan kami...riang bermain lopak air...

 

 Belakang rumah pusaka menjadi medan ilmu persilatan.. adikku yang membuka gelanggang



No comments:

Post a Comment