16 December, 2015

INDAHNYA HIDUP DI KAMPUNG..

Begitu indahnya hidup di kampung... walaupun rata-rata ibu bapa ketika itu bekerja sebagai petani, penoreh tetapi semua dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna... Tiada batas si kaya dan si miskin. Budaya gotong royong masih terlihat dan melekat kuat...kehidupan anak-anak penuh dengan keceriaan bermain dengan kawan-kawan tidak kenal erti suka dan duka..segalannya tersimpan nostalgia ini menjadi kenangan terindah hingga ke akhir hayat..tidak hairanlah setiap kali hari raya kampunglah pasti menjadi destinasi utama..


Serkap ikan paling best..tapi kalau nasib tak baik terserkap ular sekali..





Mandi sungai menjadi aktiviti paling menarik..rata-rata kampung mesti ada sungai ataupun tali air..














Bermain bola selepas musim menuai padi..balik rumah mesti kena beletiaq mana taknya baju seluar habis kotor..tapi semuanya menjadi kenangan paling indah bila semua sudah dewasa..



Mencari ikan sembilai syok sangat..kalau jumpa buih yang perang mesti ikan hitam berkilat..


1 comment:

  1. Seronok tengok blog ni. teringat masa kecik di kampung. tinggal kenangan jer.

    ReplyDelete