29 January, 2017

BILA DIJEMPUT ILAHI..

Tanggal 28 Januari 2017 sekitar jam 4.40 petang di hospital Kepala Batas bapa mertua aku telah kembali kepangkuan maha pencipta buat selama-lamanya pada usia 67 tahun...sekuat mana tangisan anak-anak meratapi jangan pergi namun allah lebih mengetahui segalanya.

Hampir sebulan dia terlantar di dalam wad dan 3 hari dalam icu kerana kompilasi pelbagai penyakit akhirnya doktor minta anak-anak berdoa yang baik untuknya..kerana kuman telah menyerang paru-parunya..aku melihat hari ke hari nafasnya semakin perlahan walaupun dibantu dengan alat penafasan..petang sehari pemergianya aku bisik di telinganya ingat allah.. Ingat allah..mengingatnya dengan kalimah allah..aku tahu walaupun kaku tubuhnya namun aku berharap telinga masih boleh mendengar..alhamdulillah arwah meninggal dikelilingi anak-anak yang sentiasa berada disisinya..isteri aku hari-hari berada disisinya..

Syukur allah permudahkan segala urusan pengkebumiannya..jenazah dikebumi selepas solat isyak hari yang sama...aku meendoakan agar rohnya dicucuri rahmat..dan diampun segala dosanya dan diterima setiap amal kebajikannya..aku hanya sekadar bercerita..





15 January, 2017

SAWAH PADI NAN LUAS TERBENTANG

Mungkin ada di antara kita pernah merasai pengalaman bersawah..aku ketika kecil ayah aku menoreh getah..tetapi aku sebagai anak kampung sempat merasai pengalaman sebegini..aku ketika musim menanam padi ketika itu mengambil upah bawa semai..yalah cari duit beda beli makanan ringan di kedai runcit dalam kampung..jadilah menumpang cari sekupang dua di bendang kawan-kawan ketika itu..aku sekadar bercerita..

12 January, 2017

FAIZ SUBRI



Faiz merupakan anak melayu pertama yang mencipta nama melalui tendangan lencong beliau...anugerah puskas 2016 telah membawa nama Faiz di persada dunia. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia siapa yang tahu..itulah yang terjadi pada Faiz subri..kini nama beliau telah terpahat di antara nama- nama lagenda besar bolasepak dunia..aku sekadar bercerita..aku berbangga dengan anugerah ini yang menbawa nama bangsa nama negara di mata dunia...

10 January, 2017

ASRAMA OH ASRAMA

Bila anak-anak masuk asrama kenalah layan macam-macam aktiviti sekolah..minggu ni aku hadiri program bersama guru & waris...mengantuk aku lama tak dengar taklimat awal pagi....


04 January, 2017

BILA SEKOLAH DIBUKA...

Bila mula persekolahan sunyi sepi dalam rumah aku..2 orang anak aku pakat balik asrama tinggalah aku,isteri dan anak bongsu sahaja..yang bongsu pun pagi sekolah..ruang-ruang rumah senyap sepi, yang sebelum ini riuh rendah dengan suara-suara nakal mereka menyakat sesama sendiri...kenalah tunggu hujung minggu baru ceria sikit bila pakat balik mai..hari-hari kesian pulak tengok anak bongsu aku balik sekolah bermain sendirian..selalu dialah yang selalu menyakat abang dan kakaknya..aku hanya sekadar bercerita kisah aku..

03 January, 2017

BERKHATAN...

Alhamdulillah.. Pada musim cuti sekolah lepas anak ketiga aku selamat sudah berkhatan di klinik swasta...terlambat pula nak updates.

02 January, 2017

LIGA BADMINTON MALAM TAHUN BARU 2017

Meriah liga badminton malam tahun baru di dewan Muhamad Taib Tasek Gelugor...aku pun turut serta alhamdulillah dapat juga tempat ke 4 dapat hadiah wang tunai berbaloi juga sampai awal pagi..memang terbaiklah pihak penganjur..