Tanggal 28 Januari 2017 sekitar jam 4.40 petang di hospital Kepala Batas bapa mertua aku telah kembali kepangkuan maha pencipta buat selama-lamanya pada usia 67 tahun...sekuat mana tangisan anak-anak meratapi jangan pergi namun allah lebih mengetahui segalanya.
Hampir sebulan dia terlantar di dalam wad dan 3 hari dalam icu kerana kompilasi pelbagai penyakit akhirnya doktor minta anak-anak berdoa yang baik untuknya..kerana kuman telah menyerang paru-parunya..aku melihat hari ke hari nafasnya semakin perlahan walaupun dibantu dengan alat penafasan..petang sehari pemergianya aku bisik di telinganya ingat allah.. Ingat allah..mengingatnya dengan kalimah allah..aku tahu walaupun kaku tubuhnya namun aku berharap telinga masih boleh mendengar..alhamdulillah arwah meninggal dikelilingi anak-anak yang sentiasa berada disisinya..isteri aku hari-hari berada disisinya..
Syukur allah permudahkan segala urusan pengkebumiannya..jenazah dikebumi selepas solat isyak hari yang sama...aku meendoakan agar rohnya dicucuri rahmat..dan diampun segala dosanya dan diterima setiap amal kebajikannya..aku hanya sekadar bercerita..
No comments:
Post a Comment