17 December, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU DZULKAMAL & FARIEZA..

Alhamdulillah syukur majlis kenduri anak saudaraku telah berjalan dengan sempurna.. tahniah buat abangku & ipar yang pertama kali menerima menantu ..walaupun letih melayan tamu tapi tetap meriah..almaklumlah waris kuat katakan kenalah kerja keras skit..moga jodoh anak saudaraku dan pasanganya kekal hingga ke jannah insyaallah..aku hari itu tak sempat nak jadi jurufoto so aku serah tugas bagi anak aku yang no.3 tolong ambilkan..macam-macam gambaq dia bik jnuh aku delete..

10 December, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SUHAIDY

Selamat pengantin baru buat sahabat sepermainan badmintonku yang menamatkan zaman bujangnya pada 07.12.2014..yang mana majlis kendurinya diadakan di Restoran Terapung  Bagan Dalam, Butterworth..Memang meriah habis kami team badminton sempat berposing bersama pengantin baru...semoga jodohnya berkekalan hingga ke  akhir hayat...





09 December, 2014

KAMPUNGKU..

07 Disember 2014...Agak lama aku tidak menjengah ke kampung,tidak banyak perubahan sangat..cuma pokok-pokok renek hutan telah sama tinggi dengan pinggangku..buah-buah kayu sudah tidak bermusim lagi yang tinggal hanya bebunga jambu yang tidak pernah kenal erti musim buah..selalu akan berbuah..pohon kelapa baru berbuah sulung agak lebat di tandan...aku rindu kedamaian dulu yang tidak bisa datang menghampiri aku lagi..tringat aku lopak yang di genangi air ketika hujan menjadi tempat mainan cucu-cucu penakan dan anak penakanku sekarang ini....mungkinkah kedamaian dahulu boleh segar kembali sepertimana bebunga jambu yang sentiasa mekar berbunga..
 Inilah rumah peninggalan arwah ayah & emak...

 Pokok getah Pak Su masing-masing berlumba mencari mentari..
 Buah sulung pohon kelapa di sudut halaman...
 Ini rumah kakakku..
 Pohon jambu yang sentiasa berbunga..
 Bekas perangkap serangga..ini abang iparku yang merekacipta...

 Pewaris keturunan kami...riang bermain lopak air...

SELAMAT PENGANTIN BARU FIRDAUS & HANIM

Tanggal 06 Disember 2014 bertempat di Dewan Melineum Kepala Batas..Alhamdulillah telah berjalan dengan lancarnya Majlis Perkahwinan Sepupuku....Firdaus adalah anak bongsu Pak Su...Moga jodoh mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat..insyaallah minggu hadapan aku akan bercerita lagi tentang perkahwinan ada saudaraku pulak..insyaallah.














06 December, 2014

SARAPAN PAGI DI LITTLE INDIA PENANG

06.12.2014...Aku dengan wife merempit saja nak ubah selera mai pekena roti canai & nasi di little india penang..memang best nasi, lauk semua panas-panas mamak style....habis makan aku jalan2 ikut lorong syok juga melayan wall art.......





03 December, 2014

SANTAI HUJUNG MINGGU DARI CINTA SAYANG GOLF HINGGA KE PANTAI BERSIH

30.11.2014..saja bawa anak aku no.3 & 4 jalan-jalan...mulanya pegi ke Cinta Sayang Golf Sg.Petani Makan steamboat ...lepas pada itu terus ke hentian sebelah LLB Highway lepak2...