30 April, 2016

BUAH KERIANG DOT


Kenali Buah-Buahan Nadir......


KERIANG DOT

(Eugenia claviflora Roxburgh)

Pokok Keriang Dot atau nama sainsnya (Eugenia claviflora Roxburgh.) merupakan sejenis pokok saka berkayu yang tumbuh tinggi. I ajuga dikenali sebagai pokok Buah Jambu Arang.Terdapat 1,000 spesies dalam kawasan tropika dan 150 darinya terdapat di Malaysia

Menghasilkan buah yang berbentuk panjang bujur dengan isi yang boleh dimakan dengan satu biji benih ditengah-tengahnya. Buahnya mempunyai banyak air dan mampu meninggalkan warna merah pada baju.

Berbunga merah jambu atau merah. Buah ungu merah sehingga hitam, bujur atau berbentuk pasu panjang.Berbunga antara Mar-Apr, berbuah antara May-Jun.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini buah ini semakin lama semakin berkurangan.

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan Mei hingga Jun dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Khasiat buahnya :

1 . Boleh mengatasi masaalah cacing kerawit,mesti makan dengan bijinya sekali,sebab kekelatan pada bijinya akan membawa cacing- cacing dalam perut keluar dengan sendirinya,kalau anak anda bermasaalah dengan cacing ,eloklah dapatkan buah keriang yang jenis lada yang agak kecil.

2. Boleh mengatasi sakit mulut, pewarnanya boleh menghilangkan sakit mulut yang teruk,cepat sembuh dan mengantikan kulit yang baru pada lapisan bibir.

3. Rasanya yang kelat sadikit boleh menghilangkan sakit kencing manis dan darah tinggi.

4. Merapatkan dan membetulkan peranakan dan boleh mengempiskan perut yang buncit.

5. Menyuburkan kesuburan pada lelaki,dan menguatkan tenaga batin.

6. Memcuci perut atau melawaskan buang air besar.

7. Mencuci buah pinggang,agar membolehkan protin kembali kedalam salur darah dan memperbaiki sistem dalam buah pinggang.


Khasit daunnya :

1. Digunakan untuk jeloman masa demam, ambil daunnya dalam dua tiga helai , ramaskan dalam air, letakkan diatas kepala, bawah ketiak, dada ,pelipat kaki .nescaya suhu badan akan cepat turun dan semboh .

2. Daun ini digunakan dalam salah satu ramuan daun- daun untuk mandian orang yang bersalin.

3. Untuk buat cebukan kencing,rebus daun keriang ini dan dibiarkan suam- suam ,baru dicebukan,hasilnya faraj akan menjadi ketat dan wangi,amat berguna masa hubungan kelamin.

4. Daun ini boleh diatur diatas kain pelapik untuk bertungku perut.

5. Pokok keriang dengan daunnya yang lebat boleh menjadi sebagai antiseptic dan pengudaraan yang membekalkan banyak oksijen , membuatkan kita rasa nyaman dibawah nuangannya.




15 comments:

  1. Terima kasih tak terhingga Tuan. Artikel ini menghidupkan semula kenangan manis membesar di Alor Setar sekitar tahun 60an - 70an dulu :)

    ReplyDelete
  2. Tengah makan buah keriang ni..letak garam sikit..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah di kampung kami masih ada pokok ni dan kami masih boleh makan buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kg kat mana?..kalau saya nk boleh pos ke?..saya juga sedang cari anak benih pokoknya

      Delete
  4. 👆Hj Johari Che Hussin Perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat zaman kechik tinggal diKuala Perlis..puas beli diNat Kuala Perlis stiap Hari Jumaat..itu ditahun awal 60an..

      Delete
  5. Buah keriang kegemaran masa zaman kanak2 diawal tahun 60an..setiap Hari Jumaat ads jusl di Nat Kuala Perlis nostalgia..

    ReplyDelete
  6. Kebetulan tengah jual buah keriang dot ni😁..banyak khasiat rupanya..tq sharing🥰

    ReplyDelete
  7. Benih pokok ini ada d kpg Bendang Lanjut,pokok sena Kedah,hubungi Aziz 017 5425818

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau saya nk juga benih anak pokok ni boleh ? Saya nk tanam 🥰 sya suka mkn buah keriang ni

      Delete
  8. Bagus kalau boleh tanam kerana khasiatnya yang pelbagai.

    ReplyDelete
  9. Want to buy this, where to get

    ReplyDelete
  10. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete