22 December, 2019

AKU TERIMA NIKAHNYA..

Syukur alhamdulillah..rini sempat juga habiskan 3 jemputan kenduri..yang ke-3 kenduri rumah bapa saudara sebelah isteri ku..terima menantu perempuan  sulung..aku dapat juga sumbangkan lagu..ha..ha..

Aku hanya bercerita selagi masih bernafas... 





20 December, 2019

NASSIER WAHAB

Tanggal 5 Disember 2019..kita dikejutkan dengan kematian Abg.Nassier Wahab...aku ketika ini sedang bercuti di pulau pangkor bersama keluarga alangkah sedih bila terbaca berita di laman sosial dan juga dalam group wssap tentang berita kematian arwah seorang artis kesukaan aku yang punyai suara merdu sangat.

Jarak kampung aku dengan kampung arwah tidak jauh..aku memang minat sangat dengan lagu2 beliau seperti memori cinta luka, cinta farhat, gadis bermata biru dan yang paling aku minat adalah keterampilan personalitinya. Meskipun jarak umur aku agak jauh tapi aku minat sangat dengan lagu-lagu beliau.

Semoga roh abg.nassier di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan semoga keluarga beliau tabah dengan pemergian abang nassier wahab.

Aku sekadar bercerita...

AL- FATIHAH..


09 December, 2019

HUNGRY BIRD

Kebetulan chalet yang aku menginap menjadi tumpuan pengunjung setiap hari untuk melihat burung enggang liar yang jinak..







CUTI-CUTI MALAYSIA

Alhamdulillah dapat juga bawa anak2 bercuti tahun ni dengan bajet ala kadar sahaja.. tahun ini aku ke Pulau Pangkor.. anak2 minta nak snorkeling... alhamdulillah tertunai juga hasrat anak2.. kegembiraan di wajah mereka menjadi kepuasan dihatiku... cuma makan mahal skit... Mungkin cuti sekolah kot...


































18 November, 2019

KAMPUNG HUJUNG BANDAR @ LAST TOWN VILLAGE

Syukur alhamdulillah atas jemputan imam mam masjid kg. Hujung Bandar ke majlis kenduri sempena sambutan maulidur rasul masjid Kg. Hujung Bandar pada 10 November 2019 ..makanan memang terbaik...anak2 aku dapat mandi air terjun tak pa dah..