28 December, 2015

2 HARI 1 MALAM..

Cuti sekolah tahun ini aku tak bawa anak-anak aku pergi jalan mana-mana pun..maklomlah banyak benda yang lebih penting lebih-lebih lagi persiapan untuk pembukaan sekolah. Alhamdulillah semua berkaitan persiapan sekolah telah diselesaikan walaupun ada sikit-sikit yang kurang lagi..

Hujung minggu yang lepas aku balik bermalam di kampung..ini pun atas permintaan anak-anak aku yang dah lama tidak bermalam di kampung...seronoklah anak-anak aku dapat bermain bersama-sama sepupu..santai bersama keluarga di wakaf di halaman rumah..sinilah tempat kelahiran aku dan dibesarkan..emak dan ayah semua telah tiada..sekarang adik bongsu aku yang tinggal di rumah itu..

Kesempatan bermalam di kampung aku merakam keindahan malam hingga ke siang hari...sambil mengimbau kembali kenangan lampau ketika zaman bebudak dulu..

Indahnya cahaya rembulan dari celahan pohon mulbery di halaman rumah..

24 December, 2015

DUNIA KETIKA KELAHIRAN BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW & KEAJAIBAN YANG BERLAKU






Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi..

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.

BUAH MULBERY & KHASIATNYA...


Marilah kita sama-sama berkongsi khasiat buah Mulbery, mungkin kita pernah makan tetapi kita tidak tahu khasiatnya..dekat kampung aku pun ada juga adik aku tanam pokok ni..tapi tak tahu pulak khasiat sebaliknya..bila aku terbaca artikel yang ditulis oleh sumber zul agro..yang menceritakan tentang khasiat buah Mulbery rasa elok juga aku berkongsi cerita ini....

1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.


4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

23 December, 2015

TERAPI MINDA...

Saja aku kongsikan lukisan2 yang bisa tenangkan jiwa dan sejuk mata memandang..memang kreatif si pelukis ini..mengabadikan keindahan alam dalam bentuk lukisan..



16 December, 2015

INDAHNYA HIDUP DI KAMPUNG..

Begitu indahnya hidup di kampung... walaupun rata-rata ibu bapa ketika itu bekerja sebagai petani, penoreh tetapi semua dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna... Tiada batas si kaya dan si miskin. Budaya gotong royong masih terlihat dan melekat kuat...kehidupan anak-anak penuh dengan keceriaan bermain dengan kawan-kawan tidak kenal erti suka dan duka..segalannya tersimpan nostalgia ini menjadi kenangan terindah hingga ke akhir hayat..tidak hairanlah setiap kali hari raya kampunglah pasti menjadi destinasi utama..


Serkap ikan paling best..tapi kalau nasib tak baik terserkap ular sekali..



14 December, 2015

KEINDAHAN PANTAI KUALA MUDA PENANG..


Hujung minggu lepas saja aku bawa anak-anakku pergi ke pantai kuala muda penang, dah lama aku tak kesitu. Seingat aku pantai itu tidaklah cantik dan tidaklah ramai orang pergi santai kat situ. Aku sampai lebih kurang jam 5 petang tengok tidaklah ramai sangat..tapi dalam setengah jam kemudian punyalah ramai orang datang..rupa-rupanya ramai orang datang santai kat situ sebelah petang untuk melihat matahari jatuh indah sangat..kalau yang gila photografi memang inilah tempat terbaik untuk bergambar..bagi yang minat bolehlah joint pencari kepah situ...klau yang nak beli ikan bisik kenah dtang awai pagi..

Betapa cantiknya bunga-bunga liar di tepi pantai..


Sejuk mata memadang...


11 December, 2015

KISAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW



Kisah Kehidupan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat رضي الله عنهم




09 December, 2015

WAKTU-WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA..


Marilah kita sama-sama berkongsi, mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dari allah..

salah satu usaha agar doa kita dikabulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahawa doa ketika waktu-waktu tersebut dikabulkan. Diantara waktu-waktu tersebut adalah:




1. KETIKA SAHUR DAN SEPERTIGA MALAM TERAKHIR
Allah Ta’ala mencintai hamba-Nya yang berdoa disepertiga malam yang terakhir. Allah Ta’ala berfirman tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa, salah satunya:
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون
“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan” (QS. Adz Dzariyat: 18)
Sepertiga malam yang paling akhir adalah waktu yang penuh berkah, sebab pada saat itu Rabb kita Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa ketika itu. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758)
Namun perlu dicatat, sifat ‘turun’ dalam hadits ini jangan sampai membuat kita membayangkan Allah Ta’ala turun sebagaimana manusia turun dari suatu tempat ke tempat lain. Karena tentu berbeda.

2. KETIKA BERBUKA PUASA
Keberkahan lain di waktu berbuka puasa adalah dikabulkannya doa orang yang telah berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
ثلاث لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل و المظلوم
‘”Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi” (HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi)

08 December, 2015

PELIK TAPI BENAR...


Subhanallah..itulah kekuasaan allah yang maha esa.., pokok terbesar di dunia yang masih hidup dengan usia ribuan tahun


Salah satu dari pokok-pokok yang paling tinggi di dunia dari jenis Giant Sequoia ini memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Umurnya dianggarkan antara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama "Jenderal Sherman", dianggarkan bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi, tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam kelasnya.

Pada tahun 2002 pokok ini pernah diukur iaitu sebesar 1487 meter padu. Pohon Sherman ini terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California, dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.

07 December, 2015

AIR TERJUN TERINDAH DI DUNIA..



Indahnya ciptaan allah..mari kita sama-sama lihat 10 air terjun paling indah dengan keindahan yang luar biasa dari setiap sudut pemandangan alam air terjun ini dari berbagai penjuru dunia.

Air Terjun Golden – Gullfoss Iceland


Gullfoss adalah air terjun bertingkat, dengan total ketinggian 105 kaki (32m). Berasal dari Sungai Hvítá, terlihat celah tersembunyi dari pandangan jarak dekat, sehingga muncul seolah-olah sungai masuk ke dalam bumi. Ada cerita terkenal tentang seorang gadis yang berjalan tanpa alas kaki dari Reykjavic ke Gullfoss untuk memprotes penggunaan air terjun untuk tujuan menghasilkan energi listrik tenaga air. Dengan demikian, patung telah didirikan untuk menghormatinya di dekat air terjun.

03 December, 2015

MENARA ABRAJ AL-BAIT..

Menara Abraj Al Bait adalah sebuah kompleks bangunan yang tertinggi di Kota Makkah, Arab Saudi. Menara Abraj Al-Bait ini menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 595 m (1,952 ka). Sementara itu, jika jumlah lantai di ketujuh-tujuh kompleks menara ini dihitung bersama, maka jumlah luas lantainya diperkirakan mencapai 1,450,000 meter persegi (15,600,000 ka persegi) dan akan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di dunia, mengalahkan Aalsmeer Flower Auction di Aalsmeer, Belanda yang menjadi pemegang rekod hingga saat ini.[2] Projek ini dijangkakan siap pada 2011 dengan luas lantai 15,600,000 kaki persegi (1,450,000 m2).

Lokasi menara ini berada di seberang jalan Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam. Menara Abraj Al Bait dibangun untuk menampung para jemaah haji yang semakin banyak datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Perniagaan perhotelan yang semakin lama menjadi berkembang di bandar raya ini juga tidak terlepas dari banyaknya jemaah haji ini. Selain itu, Menara Abraj Al Bait ini juga dirancang untuk mampu menampung jemaah haji sampai dengan 65,000 orang.

25 November, 2015

KEINDAHAN KAMPUNG TRADISIONAL DI SHIRAKAWA VILLAGE, JEPUN

Jom kita lihat perkampungan petani jepun di Shirakawa Village terletak di kawasan pergunungan terpencil di pulau Honshu Jepun. Ciri iklim disini hujan salji lebat dan hujan lebat - iklim mempengaruhi seni bina Gassho-zukuri. Rata-rata penduduk disini bersawah, ianya telah diwarisi sejak turun temurun lagi. 


Gaya Gassho-zukuri juga boleh dilihat di kampung Gokayama - di Toyama Wilayah di Honshu. Shirakawa dan Gokayama pada tahun 1995 telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia dilindungi oleh UNESCO.


Sejauh mana pun kita melangkah kampung kelahiran kita tetap dihati..bak kata pepatah hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri..

23 November, 2015

INDAHNYA ALAM CIPTAAN ALLAH..


Alam semulajadi ciptaan Ilahi tidak terbanding indahnya. Keunikan dan kepelbagaian rupa alam sungguh mempersonakan. Di hias pula dengan kecantikan bunga-bungaan yang mekar berwarna-warni...sungguh mengasyikkan dan memukau pandangan. Dari pandangan mata terus menusuk ke hati, mendamaikan jiwa dan menenangkan minda.

Tiada ciptaan sesempurna ciptaan yang Maha Esa. Relaks Minda anda dan nikmati keindahan warna-warni bungaan dan alam yang sungguh menawan pandangan dan kalbu.


22 November, 2015

PENANG BRIDGE RUN 2015...

22 November 2015...International Penang Bridge Run...tahun ni aku kena standby..
Selfie kejap tengah2 bridge..


Bas ini standby untuk angkut runner yang dah pancit...

16 November, 2015

TERKENANG SEMASA DULU...

Terkenang zaman kanak-kanak dulu di kampung masing-masing..indahnya ketika itu andai kita mengimbau kembali masa lalu sudah pasti akan tersenyum sendirian sambil terkenangkan kawan-kawan sepermainan dahulu yang tidak kenal erti duka. Pasti ada diantara kita yang ada kesan parut kenangan silam pada tubuh..ha.ha..masa bebudak dulu main mana kira apa dah segala hutan semua masuk kalau pergi lastik burung mesti semua hutan kita redah...begitu cepatnya masa berlalu segalanya menjadi memori terindah dalam hidup kita masing-masing..saja aku upload permainan yang mungkin antara kita pernah bermain salah satu permainan ini...


02 November, 2015

PERMATA HATIKU..

Aku melayan anak-anakku mengambil bahagian sukaneka di kampung sempena hari perasmian apresiasi homestay di kampung kelahiran aku...saja aku luangkan masa hari minggu aku untuk anak-anakku..bagi depa seronok bersama-sama kawan-kawan..apa lagi yang aku ada itulah permata hatiku...anak-anak adalah segalanya bagiku..

01 November, 2015

HOMESTAY KAMPUNG AKU...

Hari ini rumah kakak aku terima kunjungan tamu dari jordan, indonesia & jerman..turut serta exco perlancongan negeri pulau pinang sempena karnival apresiasi homestay Lahar Yooi...mai qamai2 minum air kelapa...rumah kak aku jadi sebahagian dari jaringan homestay kampung aku...
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru sampai..

24 October, 2015

ULAM KAMPUNG..

Hari ni balik aku kampung cari ulam-ulaman di belakang rumah...pokok-pokok ni semua hidup subur ...almaklomlah baja bakar asli...semua ni kak ngan abang ipar aku yang tanam..aku balik kutip hasil sajalah..


20 October, 2015

JEREBU DATANG LAGI...

Jerebu kembali lagi..entah bila la nak jelas pandangan ni, hari ni lagi tebal aku rasa berbanding hari semalam..photo ini sekitar lebuhraya BKE masa aku lalu situ tadi..aku pun dah mula rasa sakit tekak & pedih mata ni..jenuh minum air banyak hari-hari..harap-harap semakin hari semakin kuranglah jerebu..







NANGKA MADU PADANG MEHA..

Terbaik dari ladang..korang kalau nak pergi, ikut sahaja Lebuhraya BKE selepas exit Lunas terus sahaja hingga sampai ke Padang Meha... itu klau dari arah Butterworth..sampai kat situ dah bleh nampak kat kiri kanan ada khemah2 kecil jual nangka madu ni...memang best..


13 October, 2015

MELAYAN ANAK-ANAKKU..

11.10.2015...balik kampung bawa anak-anakku masuk sukaneka dikampung..saja bagi depa bersukaria bersama-sama sepupu sebaya depa, macam-macam karenah jenuh juga aku melayan gelagat anak-anakku..tapi yang penting depa semua happy..



lari bawa bola ping pong..ha.ha..

adik & abang berlumba isi air dalam botol..

acara tarik tali..gelagat anak-anak kampung..teringat zaman bebudak dulu..




03 October, 2015

JEREBU OH JEREBU...

Sudah hampir sebulan negara dilanda jerebu...bila akan berakhir...aku rakamkan beberapa lokasi di kawasanku....

INDAHNYA KAMPUNGKU..

Hari ini aku singgah di kampung halaman aku..nyaman sungguh walaupun diliputi jerebu... Santai sambil minum air kelapa muda fresh dari belakang rumah kakakku....
Anakku dok tunggu pakngah dia belah kelapa muda..

UNTUK ANAK-ANAK..JOM LAYAN

02 October, 2015

BADMINTON ADALAH RIADAHKU..


Disinilah tempat aku release tension, bila berjumpa kawan-kawan dan bermain lupa segalanya...alhamdulillah setakat hari ini aku masih diberi kesihatan yang baik oleh allah untuk terus beriadah bersama teman-teman.... 


23 September, 2015

KIK 2015 LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA..

Alhamdulillah..setelah hampir sebulan membuat persediaan bahan-bahan projek akhirnya selamat sudah konvensyen KIK..lega rasanya lepas ni aku boleh tumpu kerja yang menimbun..terima kasih kepada semua kawan2 dalam team yang bertungkus lumus bersama-sama menyiapkan bahan projek ..anugerah bukan utama tapi kerjasama adalah segalanya...


30 August, 2015

28 July, 2015

OPEN HOUSE DI RUMAH BARU AKU...

Semua adik beradik aku nak kerumah baru aku untuk beraya, sebenarnya aku masih belum pindah cuma baru masuk barang serba sikit..nak buat mcamana terpaksalah aku buat persiapan apa yang patut..alhamdulillah semuanya dapat nikmati jamuan walaupun agak kurang memuaskan bagi aku..ingat nak tunggu masuk rumah betul2 baru nak buat makan-makan sikit..apa pun semua happy..