16 September, 2017

KAMPUNGKU DI LANDA BANJIR..

Ronda-ronda kampung awal pagi ini..saja nak tinjau kawasan kampung yang telah dinaiki air..ada yang dah tenggelam separuh rumah..rumah pusaka arwah ayah masih keadaan selamat..air naik pun hanya di bahagian belakang rumah sahaja..jalan kampung sudah di penuhi air sungai yang melimpah..jalan kampung jadi sibuk ramai keluar meronda tengok air..harap cuaca hari ini lebih baik dari semalam..aku hanya berkongsi cerita..







Rezeki bila tiba musim hujan macam ni..sahabat kampung, aku sempat jumpa dia dok angkat pukat..sekali tengok nah haii penuh ikan..


HUJAN OH HUJAN..

Semalaman hujan menjadikan kawasan kampung aku mula di genangi air..air mula melata ke kawasan yang rendah..rumah pusaka pun mula di genangi air terutama belakang dapur rumah...aku pusing-pusing kampung melihat kawasan kampung..,teringat zaman bebudak dulu-dulu..







09 September, 2017

CEO BANK PERSATUAN..


Tumpang bangga bila mana anak jati lubuk meriam dilantik sebagai CEO Bank Persatuan..Mohamad Nor jiran kampung aku..betul-betul belakang rumah aku di kampung..beliau bukannya sebaya dengan aku..tapi kami cukup mengenali antara satu sama lain..Ustaz Abdullah Khairi juga anak jati kampung lubuk meriam ..aku cukup bangga bila ada nama-nama besar yang  lahir dari kampung aku..moga ada ramai lagi anak jati lubuk meriam yang mencipta nama seperti mereka..



04 September, 2017

SUP KAKI LEMBU

Alhamdulillah dapatlah sedikit daging korban sempena hari raya haji tahun ini..jiran nu bagi sikit jiran ni bagi sikit..kuku lembu ni saja aku ambik dah semua malas nak proses..aku ni bukan apa lama tak merasa sup kaki lembu ni..tapi sebelum jadi sup tu nak proses  dia lambat sedikit yalah nak kena bakar bagi mudah buka kuku dia dulu..lepas tu kena proses buang kuku pula..tapi bila siap perrgggh terbaik...