25 January, 2016

Lee Chong Wei masih tiada tandingan

Perlawanan akhir ibarat pertembungan 'abang-adik' itu
membuktikan pengalaman yang dimiliki Chong Wei
masih sukar digugat pemain tempatan. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei jelas berada di kelas tersendiri apabila mudah merangkul gelaran kelimanya di kejohanan Masters Malaysia serta yang pertama musim ini di Arena SPICE di sini hari ini.

Iskandar Zulkarnain Zainuddin jelas bukan lawan Chong Wei apabila meleburkan cabaran juara kebangsaan itu 21-18, 21-11 dalam masa 42 minit untuk gelaran kelimanya di kejohanan ini selepas menjuarainya empat kali berturut-turut dari 2009-2012.

Akim and The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30

                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

Akim and The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30
Potret turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan
 Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.
LAGU Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Potret diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.

Fatin Iqmal balik bercuti banyak berkelakuan aneh - Ibu



Fatin yang menuntut di Jordan maut bersama dua rakannya dalam

 kemalangan jalan raya di Safawi tidak jauh dari bandar Mafraq
 pada Sabtu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: "Ibu, masaklah makanan kegemaran saya...Mana tahu lepas ini saya tak dapat rasa masakan ibu dan tak pulang lagi."


Itu luahan kata-kata pelajar Fatin Iqmal Idziyani ketika pulang bercuti Ogos tahun lepas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Fatin yang menuntut di Jordan maut bersama dua rakannya dalam kemalangan jalan raya di Safawi tidak jauh dari bandar Mafraq pada Sabtu.

22 January, 2016

Buah Delima & Khasiatnya

Buah delima, sejenis buah yang habitat aslinya dari negara Timur Tengah dan secara umumnya, buah delima hanya mempunyai tinggi sekitar empat hingga sembilan meter.

Selain rasanya yang enak, buah delima mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit sekiranya ia diambil secara teratur.



Wanita maut digilis treler

Johor Baharu: Seorang pembantu kedai roti maut digilis treler selepas terjatuh dari basikal ditunggangnya dalam kemalangan di Km 96 Jalan Besar Parit Perpat, Rengit dekat Batu Pahat, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan K S Mender Singh, berkata kejadian pada pukul 1.10 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Fatimah Bakran, 52, dari Kampung Sungai Tongkang Tembok, Rengit, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mukhriz: Saya tetap setia pada Umno


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan bahawa beliau tetap setia kepada Umno dan menolak andaian akan melompat ke parti lain.

Katanya apa yang beliau hendak lakukan ketika ini adalah memperkuatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 supaya Umno menang lebih besar.

'95 peratus rakyat Kedah sokong saya'



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa 95 peratus rakyat negeri itu menyokong kepimpinannya dan tiada sebab untuk menggantikan beliau.

Malah, Muhkriz berkata, gambaran diberikan media bahawa semua bahagian Umno di Kedah berpaling menentang beliau tidak benar kerana Jerlun yang diketuainya masih teguh menyokong.

Dua beranak rentung

Balik Pulau: Dua beranak rentung dalam kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Nazri Zainal Abidin, 29, dan bayi perempuannya, Damia Auliah Salsabila, tiga bulan, maut selepas gagal menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

Polis tahan 'Datuk' kes tipu jual darjah kebesaran Kedah


Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan Selasa lepas kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan penjualan darjah kebesaran negeri Kedah dengan harga RM71,200 pada 2014.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata lelaki warga tempatan berumur 33 tahun dan beralamat terakhir di Bandar Sungai Long, Kajang diberkas di sekitar Damansara.

20 January, 2016

Wanita hilang hidung dipotong suami




Gambar seorang wanita yang putus hidungnya akibat dipotong suami mencetuskan kemarahan ramai dan menuntut lelaki terbabit dihukum atas kelakuan tidak bertamadun itu.

Reza Gul dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital tempatan di derah Ghormach di wilatah Faryab, barat laut Afgahnistan pad Ahad lalu, manakala suaminya melarikan diri dan bersembunyi di kawasan dikuasai Taliban.

Fasha, Jejai sah cerai talak satu



Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada
tahun 2012
KUALA LUMPUR: Spekulasi yang melanda rumah tangga pelakon Fasha Sandha akhirnya terjawab apabila dia dan suaminya, Rizal Ashram Ramli, sah bercerai talak satu.

Menurut laporan Berita Harian, Fasha hadir ke mahkamah jam 2.15 petang tadi, ditemani peguamnya dan beberapa rakan.

Prosiding pengesahan lafaz cerai dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab.

Model buka baju di Jalan Petaling kena bon kelakuan baik



Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial tahun lalu, hari ini dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Persana Avril Sollunda, 34, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah. Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan hari ini.

Suami lari, isteri dan bayi dibiar dalam sungai




Seorang lelaki warga Myanmar sanggup meninggalkan isteri dan bayi perempuannya dalam sungai bagi mengelak ditahan anggota Imigresen yang melakukan operasi di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Dawai, di Yan semalam.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, wanita dan bayinya yang berusia setahun itu gagal menyeberangi sungai yang terletak bersebelahan tapak pembinaan berkenaan disebabkan paras air yang agak dalam.

Maut terkena kipas enjin bot

Miri: Wanita terbunuh dipercayai terkena kipas enjin bot yang dinaikinya bersama suami dalam kejadian di laut berdekatan Pantai Batu 1, Kuala Baram, di sini, hari ini.

Mangsa, Gala Chapi, 55, dikatakan tergelincir dari bot ketika dalam perjalanan pulang selepas menjala ikan bersama suaminya, Antily Tasin,60, pada kira-kira 7 pagi.

Rakan suami mangsa, Steven Joshua, 48, berkata dia dihubungi saudara kepada suami isteri itu, pada kira-kira 10 pagi, yang memintanya membantu mencari pasangan itu yang dikatakan terkandas di laut akibat kehabisan minyak.

Menurutnya, dia kemudiannya mencari pasangan berkenaan dan menjumpai mereka sejam kemudian kira-kira satu kilometer dari pantai batu 1, Kuala Baram.

"Ketika saya merapat ke bot mereka saya dapati mangsa sedang diriba suaminya. Suaminya memberitahu isterinya terjatuh dan terkena kipas enjin bot itu,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisoner Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu bagaimanapun masih belum menerima laporan lengkap.







PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.







Mangsa ragut selamatkan diri selepas kemalangan [METROTV]

Kota Kinabalu: Seorang wanita mengalami detik cemas selepas diragut dan dipaksa menaiki kereta dua penjenayah sebelum menyelamatkan diri sebaik kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit di hadapan Kompleks Suria Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi tadi, mereka dipercayai terus melarikan diri sebaik sahaja kereta Proton Iriz berkenaan terbabas.

Dua remaja lemas di terusan

Tanjong Karang: Dua remaja berusia 14 tahun lemas ketika mandi di terusan berhampiran Sungai Tengi,di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohammad Akmal Munawir ditemui kira-kira 11.45 pagi dan Mohammad Hafiz Arbain pula ditemui 11.52 pagi manakala rakannya Raja Mohd Haziq Raja Hasrizal menyelamatkan diri dengan bergayut pada pokok kelapa.

Kemaluan putus dipotong isteri

Jempol: Seorang isteri nekad memotong kemaluan suami warga Pakistan menggunakan pisau cukur hingga putus selepas tidak tahan mengikut kehendak lelaki itu yang sering meminta melakukan aksi ganas di rumah di Batu Kikir, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun mengalami pendarahan teruk sebelum bergegas ke Balai Polis Batu Kikir bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di rumahnya.

"Wanita itu secara perlahan-lahan menanggalkan seluar suaminya, lalu memotong kemaluan menggunakan pisau cukur menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan.

"Suaminya bekerja sebagai peniaga melarikan diri ke Balai Polis Batu Kikir, kira-kira 1.55 pagi.

"Anggota polis terkejut dengan kedatangan mangsa dalam keadaan berlumuran darah segera menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan.

"Bahagian kemaluan yang dipotong tertinggal di rumah juga diambil untuk dibawa ke hospital bagi proses penyambungan semua," katanya

Katanya, mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan setakat ini, keadaannya dilaporkan stabil.

"Polis menahan isteri mangsa dan menemui pisau cukur yang digunakan dalam kejadian itu," katanya.




PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.


MLM 2016 gabung pelawak lama dan baharu






PROGRAM realiti komedi terkenal tanah air, Maharaja Lawak 
Mega 2016 (MLM 2016) kembali dengan gabungan barisan 
pelawak lama dan baharu yang bakal menemui peminatnya 
bermula 29 Januari ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna (132), Emarina Kamal, pemilihan para peserta MLM 2016 dilakukan lebih awal tanpa menggunakan format ‘hot seats’ seperti sebelum ini.

“MLM 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti sebelum ini kerana kami sudah mengenal pasti kumpulan yang layak untuk bertanding untuk edisi kali ini.

“Format ‘hot seats’ tidak lagi digunakan kerana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di program Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016.

Tidak wujud pertikaian warna jersi Red Warriors - Annuar


Annuar (kanan) bersama Dr Vida memegang surat perjanjian penajaan
pasukan bola sepak Kelantan, 15 Januari 2016. -Gambar fail
KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan tidak ada isu berkaitan warna utama jersi yang akan digunakan oleh skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bagi saingan Liga Malaysia musim ini.


Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata Kafa telah mendapat keizinan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendaftarkan jersi tuan rumah bagi pasukan itu pada musim ini adalah warna merah dan merah jambu manakala warna jersi di tempat lawan ialah putih dan merah jambu.

Chong Wei menang pusingan pertama

Georgetown: Datuk Lee Chong Wei memenangi pusingan pertama Grand Prix (GP) Emas Masters Malaysia selepas menumpaskan pemain Indonesia, Fikri Ihsandi Hadmadi, hari ini.

Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama mengambil masa 33 minit untuk mencatat kemenangan straight set, 21-14, 21-15 di Arena Spice, Pulau Pinang.

Dia akan bertemu pemain Thailand, Kantawat Leelavechabutr dalam saingan pusingan kedua pada 7.10 malam ini.

Pemain nombor lima dunia itu pernah meraih gelaran juara Masters Malaysia selama empat tahun berturut-turut (2009-2012).


CHONG Wei beraksi ketika menentang Fikri Ihsandi pada pusingan pertama. FOTO

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

Remaja maut ditikam



Sungai Petani: Remaja lelaki berusia 16 tahun mati akibat ditikam di dada dengan senjata tajam di Bandar Puteri Jaya, di sini, malam tadi.


Kejadian berlaku kira-kira 9 malam di hadapan bangunan rumah kedai ketika mangsa, K Kishen berjalan sendirian sebelum dihalang oleh empat lelaki yang menaiki dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik menahan mangsa seorang daripada suspek bertindak menikam dada mangsa dengan senjata tajam lalu melarikan diri.

"Mangsa yang parah akibat ditikam sempat berlari sejauh lebih 30 meter hingga ke hadapan pasar raya mini sebelum rebah tidak sedarkan diri.

"Orang ramai yang melihat kejadian membantu lalu mengejarkannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan, namun mangsa mati sebaik tiba di hospital," katanya.

LOKASI kejadian mangsa ditikam di Bandar Puteri Jaya. FOTO Omar Osman



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

Huni bilik kecil di kilang kayu getah

Baling: Bilik kecil di dalam sebuah kilang memproses kayu getah di Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, dekat sini, menjadi syurga buat satu keluarga untuk berlindung daripada panas dan hujan akibat kesempitan hidup.

Muhammad Ismail Shamsuddin, 39, berkata, dia sudah menetap di bilik itu yang diibaratkan rumah sendiri sejak 18 tahun lalu bersama arwah bapanya, malah selepas berkahwin dia memilih untuk terus tinggal di sini akibat kesempitan hidup.

Polis buru 'Geng Michael'



Polis berkata dua daripada yang diburu lelaki berusia 41 
dan 42 tahun yang beralamat di Subang Indah
dan Taman Perdana di sini.

PETALING JAYA: Polis memburu lima anggota kumpulan 'Geng Michael' yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Subang Jaya.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata dua daripada yang diburu lelaki berusia 41 dan 42 tahun yang beralamat di Subang Indah dan Taman Perdana di sini.

"Kesemua suspek ini disyaki melakukan kegiatan itu walaupun pernah ditangkap sebelum ini," katanya dalan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, dekat sini, pada Selasa.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, seorang tukang urut ditahan polis kerana disyaki menjadi dalang dalam beberapa kes samun di sebuah kedai urut sekitar SS15/4, Subang Jaya, pada Isnin.

Alhamdulillah dah keluar hospital

Putrajaya: Pelakon Mohd Azmil Mustapha dibenar keluar hospital hari ini, selepas dirawat di Hospital Putrajaya kerana masalah jantung sejak Khamis lalu.

Adik bongsunya, Mohd Aziph Mustapha, dalam akaun laman sosial Facebook beliau bagaimanapun memaklumkan pelakon berkenaan masih lemah.

"Doktor pakar di sini (Hospital Putrajaya) mengesahkan abang boleh keluar dan diberi penjagaan rapi di rumah.

19 January, 2016

Dua beradik mengaku tanam mayat bayi

Seremban: Dua beradik lelaki dipenjara 12 bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayi dengan cara menanam mayatnya, pada 9 Januari lalu.

Hukuman itu dijatuhi Majistret Siti Khairiah Abdul Razak terhadap kedua-dua tertuduh, Muhammad Faez Mohd Fuzi, 24, dan Mohamad Fazrul, 21, selepas mengambil kira pengakuan salah mereka, rayuan peguam dan hujahan pihak pendakwaan.

Amy Search jatuh dari pentas setinggi empat kaki ketika persembahan


Kejadian tersebut berlaku ketika Amy sedang menjayakan
 sebuah majlis makan malam korporat di ibu kota.
SEBUAH video vokalis kumpulan rock legenda Search, Amy terjatuh dari pentas setinggi empat kaki ketika membuat persembahan menjadi viral di laman sosial.

Kejadian tersebut berlaku ketika Amy sedang menjayakan sebuah majlis makan malam korporat di ibu kota.

Sebelum insiden tersebut berlaku, Amy dikatakan ingin bersalaman dengan peminat yang berada di barisan hadapan, namun sinaran lampu dan struktur pentas yang mengelirukan antara punca menyebabkan dia terjatuh dari pentas.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gitaris berlari ke arah Amy sebaik sahaja vokalis tersebut terjatuh.

Sementara itu, di akaun laman sosial Instagram, Amy Search memaklumkan bahunya terseliuh dan kecederaan kecil itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kembali persembahan bagi menghiburkan peminat yang hadir di konsert tersebut.

Kejadian tersebut berlaku ketika Amy sedang menjayakan sebuah majlis makan malam korporat di ibu kota. 

Suspek utama bunuh warga emas ditahan



Melaka: Polis yakin menyelesaikan kes pembunuhan warga emas, Hussin Joh, 75, di Kampung Lanjut Manis, Krubong, di sini, Jumaat lalu, selepas menahan tiga lelaki termasuk seorang dipercayai suspek utama pada Ahad dan semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, tiga suspek terbabit berusia 20 hingga 28 tahun ditahan dalam tiga siri tangkapan berbeza.

Restoran char kuey teow didenda tak kutip GST


Sebuah syarikat pengendali restoran char kuey teow di ibu kota hari ini didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur kerana tidak mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada pelanggan tahun lalu.

Hakim Shamsudin Abdullah juga memerintahkan Mali's Corner Sdn Bhd membayar 95 sen GST kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana tidak mengutip cukai itu dalam satu resit.

Asrama Madrasah Tahfiz Al-Redzuan musnah terbakar



Sejumlah 30 pelajar Madrasah Tahfiz Al-Redzuan hilang tempat tinggal apabila asrama mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Dato Ahmad Razali di Dengkil malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, bangunan dua tingkat yang menempatkan asrama dan dewan makan terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Penjaga madrasah, Usamah Ishak berkata ketika kejadian semua pelajar berusia antara lapan dan 18 tahun sedang menunaikan solat Isyak di Masjid As-Shariff yang berdekatan.

Dadah RM7.9 juta dalam 10 kotak

Georgetown: Sepuluh kotak mengandungi pil eramin 5 bernilai RM7.9 juta dirampas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di dini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri Superintendan Guan Beng Kang berkata, serbuan dilakukan jam 11 pagi selepas polis menerima maklumat dan juga risikan.

Azmil tunjuk perubahan positif



Kuala Lumpur: Pelakon popular era 80an, Azmil Mustapha, 63, semakin pulih dan mulai sedar sepenuhnya selepas dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Putrajaya sejak Khamis lalu.

Adik bongsunya, Aziph Mustapha, 47, ketika dihubungi berkata Azmil sudah menunjukkan perubahan positif sejak semalam.

Mayat nelayan dipanah petir ditemui

Batu Pahat: Nelayan berusia 21 tahun yang dikatakan terjatuh ke dalam laut akibat dipanah petir berhampiran Rumah Api Sungai Ayam Senggarang, petang semalam ditemui lemas dengan kesan terbakar, 4.50 petang tadi.


Pelajar sekolah putus kaki digilis lori


Sabak Bernam: Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dekat sini, putus kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang, dekat sini, petang tadi.

Sebelum kejadian, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan,14, sebelum dipercayai dilanggar kereta dari belakang.

18 January, 2016

Zamani Slam bakal keluar single gubahan komposer dari seberang

Zamani Slam bakal keluar single gubahan komposer dari seberangZAMANI: Sehingga kini judul lagu tersebut belum diputuskan, ia berkisar kisah cinta yang tidak dibalas dan ia tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidup saya. -Gambar fail
SETELAH hampir 12 tahun menyepi tanpa album, bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani akan tampil menemui peminat dengan lagu single gubahan seorang komposer dari negara seberang tidak lama lagi.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata beliau tidak memilih mana-mana komposer namun secara kebetulan cita rasa peminat sekarang lebih gemar dengan lagu gubahan komposer dari Indonesia.

"Sehingga kini judul lagu tersebut belum diputuskan, ia berkisar kisah cinta yang tidak dibalas dan ia tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidup saya," katanya kepada pemberita pada sidang media Majlis Hi-Tea Eksklusif bersama Zamani Slam baru-baru ini.

Isu foto pra-perkahwinan, Syatilla Melvin enggan layan komen negatif

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul 
Melvin memberitahu dia ingin memberikan fokus 
sepenuhnya terhadap persiapan perkahwinan mereka.
PELAKON Syatilla Melvin enggan melayan komen-komen negatif yang diberikan terhadap foto pra-perkahwinannya bersama aktor Shaheizy Sam.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin memberitahu dia ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan perkahwinan mereka.

'Bukan kad pengenalan saya' - Ahmad Maslan


'Bukan kad pengenalan saya' - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan jelaskan kad pengenalannya tidak pernah hilang.
-Gambar fail
BEBERAPA hari lalu, ramai yang berkongsi status yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook di mana pemilik akaun itu mendakwa menjumpai kad pengenalan milik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.



Dalam gambar yang dipaparkan, jelas menunjukkan nama dan gambar si pemilik kad pengenalan tersebut.

Penganggur dituduh bunuh anak kekasih

Kota Tinggi: Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati mandatori sekiranya disabit kesalahan mengakibatkan kecederaan hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang juga anak teman wanitanya, tahun lalu.


Petua Menegangkan Kulit Muka



Petua Menegangkan Kulit Muka 1

Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. 




Petua Menegangkan Kulit Muka 2

Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.


Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.





Petua Menegangkan Kulit Muka 3

Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. 








Petua Menegangkan Kulit Muka 4

Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.


Hindar tajaan untuk publisiti murah - Tengku Abdullah



Persatuan bola sepak di negara ini diingatkan supaya mencari syarikat yang benar-benar serius dan komited sahaja dalam penajaan sukan itu dan bukannya pihak yang mementingkan publisiti murahan semata-mata.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah walaupun mencari penaja dalam sukan bola sepak diakui sukar pada masa ini, namun perkara itu perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.

JDT buru pemain baharu



Buat ketika ini, pemain dan jurulatih JDT berada di Bangkok,
Thailand untuk mengadakan perlawanan
 persahabatan bersama kelab negara itu, Chonburi FC.

JOHOR BAHARU: Juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT) merancang mendapatkan beberapa lagi pemain baharu dalam usaha menjadi pasukan pertama menjuarai liga itu tiga tahun berturut-turut.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards berkata kelab itu mahu memastikan skuad musim ini benar-benar mantap bagi mendukung cabaran pasukan Harimau Selatan.

"Kami sering mengadakan perbincangan untuk memantapkan pasukan. Jangan terkejut jika ada tambahan pemain baharu bagi pasukan ini sebelum musim bermula.

"JDT bukan hanya ingin mempertahankan Liga Super tetapi mahu menjadi pasukan pertama menjuarainya tiga tahun berturut-turut.

"Kami juga menyasarkan gelaran AFC, jadi kami memerlukan pasukan yang benar-benar mantap," katanya kepada pemberita selepas pelancaran jersi baharu JDT untuk musim 2016 di Dataran Bandaraya, di sini malam tadi.

Pasukan Harimau Selatan itu sebelum ini sudah mendapatkan khidmat Rozaimi Abdul Rahman, Aznie Taib, Azamuddin Akil dan Paulo Rangel untuk memperkasakan jentera pasukan menjelang saingan Liga Malaysia serta Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Mereka juga mempunyai beberapa pemain berpengalaman seperti Safiq Rahim, Marcos Antonio, Hariss Harun and Jorge Pereyra Diaz.

Buat ketika ini, pemain dan jurulatih JDT berada di Bangkok, Thailand untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab negara itu, Chonburi FC.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

Reman dua beradik berhubung kes tanam bayi disambung

Reman dua beradik berhubung kes tanam bayi disambungNILAI: Reman dua beradik berhubung kes penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah disambung sehingga Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaluddin berkata kertas siasatan kemudiannya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungiBernama di sini hari ini.

Dua beradik lelaki masing-masing berusia 21 dan 24 tahun itu ditahan Selasa lepas dan susulan penahanan itu polis menemui mayat bayi yang dibungkus dalam kain dan ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah.

Azmil Mustapha boleh bernafas sendiri - Adik

Azmil Mustapha boleh bernafas sendiri - Adik

PUTRAJAYA: Pelakon era 80-an Mohd Azmil Mustapha yang terkenal dengan filem 'Ali Setan' kini boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat bantu pernafasan, menurut adik bongsunya Mohd Aziph.


Beliau berkata doktor pakar di Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya telah memberhentikan sepenuhnya alat ventilator dan mengurangkan dosage ubat bius sekitar 12.00 tengah Sabtu.

Dua pekerja terkandas di atas forklift


Dua pekerja penyelenggara bangunan berjaya diselamatkan anggota bomba selepas tersangkut di atas forklift semasa membuat kerja-kerja pembaikan dan pembersihan lampu di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, kedua-dua mangsa didapati terkandas di atas kenderaan tersebut pada ketinggian kira-kira 50 meter akibat kegagalan enjin forklift untuk menurunkan mangsa.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 petang itu membabitkan seorang warga tempatan Muhamad Farid Lamat, 32, dan seoarang warganegara Indonesia Waryana Samid.

"Pihak bomba dengan anggota seramai 11 orang telah menggunakan tali untuk menyelamat dan menurunkan kedua-dua mangsa ke bawah," katanya kepada media semalam.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

Tiga Cedera Parah Diserang Kumpulan Lelaki Bersenjata Parang Di Stesen Minyak..


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki cedera parah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah stesen minyak, di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Mohd Ali Thamby berkata, dalam kejadian pukul 5.10 pagi itu, ketiga-tiga mangsa dan seorang lagi rakan mereka berhenti untuk mengisi minyak kereta yang mereka naiki di stesen minyak itu apabila didatangi 10 lelaki yang bersenjatakan parang.
"Suspek bersenjata parang telah menyerang mangsa sehingga menyebabkan kecederaan. Tiga mangsa dikejarkan ke hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), manakala seorang lagi rakan mangsa sempat melarikan diri.

NAS! Dato Vida BENGANG Dengan KAFA, Dah Agak Dah Masalah Ni Akan Berlaku !


Vida (hadapan, kiri) semasa dalam rundingan mengenai warna jersi bersama peguamnya dan Kafa. 
PETALING JAYA: Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.

Ahli perniagaan mati ditembak di kepala



ANGGOTA polis melakukan siasatan kes seorang ahli perniagaan di depan hotel di Kawasan Industri NSK, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, petang tadi.


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang juga pelanggan sebuah hotel mati ditembak di Kawasan Industri NSK, Jalan Kuchai Lama, di sini, petang tadi. 

17 January, 2016

Beg Ditinggal Di Pavilion Hanya Berisi Baju, Bukan Bom - Polis


KUALA LUMPUR: Dua beg galas yang ditinggalkan di bawah kerusi di sebuah pusat membeli-belah di sini menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan bom.
Polis bagaimanapun mengesahkan bahawa dua beg galas berkenaan ditinggalkan oleh dua pelancong warga Korea yang mahu membeli-belah di Pavilion Kuala Lumpur.

Azmil Mustapha masuk hospital, amat lemah



Pelakon Azmil Mustapha dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya akibat jantung tidak berfungsi secara normal.


Azmil atau nama asalnya Mohammad Azmil Mustapha, 63, adalah pelakon yang terkenal di era 80-an menerusi filem seperti Mekanik dan Ali Setan.

Teong Kim saran bubar Harimau Malaya




Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Lim Teong Kim mencadangkan pasukan bola sepak kebangsaan dibubarkan dan diambil alih oleh skuad Projek Sukan Sea 2017 yang terdiri daripada pemain bawah 23 tahun (B-23).

Lim, yang berkhidmat sebagai jurulatih untuk pasukan junior Bayern Munich selama 10 tahun, berkata pemain Harimau Malaya sudah berada di tahap yang tepu atau mungkin ada juga di kalangan pemain yang tidak mahu bermain untuk pasukan itu.

Dengan adanya pasukan B-23, menurut beliau, skuad kendalian jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt itu wajar diangkat sebagai pasukan utama negara.

16 January, 2016

BAYI LAPAN BULAN MAUT DALAM KEMALANGAN



Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala bapanya cedera dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Kilometer 55.8 Jalan Mersing-Batu Pahat, Kluang di Johor Bahru pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata bayi itu, Nur Muhris Anas Anuar yang cedera parah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kluang.

Bapanya, Anuar Geman@Wagiman, 36, pula dilaporkan cedera ringan manakala pemandu kenderaan lain pula terselamat.

Mohamad Laham berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.50 pagi apabila lori tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki tempatan menghala ke arah Mersing, dikatakan melanggar belakang kereta Toyota Vios sebelum cuba

QU PUTEH..QU PUTEH BARULAH PUTIH...


Syarikat kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) secara rasminya menandatangani kontrak penajaan dengan nilai RM16 juta.

Kafa yang diwakili Tan Sri Anuar Musa, manakala Vida Beauty diwakili pengasasnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menandatangani kontrak itu secara terbuka disaksikan barisan exco tertinggi Kafa, pemain serta penyokong pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) dalam satu majlis di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Selain Vida Beauty, Kafa turut menerima tajaan bernilai RM3 juta daripada Chengal Jati Sdn Bhd dan beberapa penaja lain yang tidak dinyatakan nilainya.

Antaranya Universiti Kuala Lumpur, Pelaburan Mara Berhad dan Sinar Harian. Annuar bagaimanapun enggan mengumumkan jumlah keseluruhan tajaan yang diterima Kafa pada musim 2016."Kita tidak berhasrat untuk mengumumkan jumlah keseluruhan‎ kerana angka ini boleh menyebabkan salah faham.

15 January, 2016

TANDA-TANDA KIAMAT..



    Tanda-tanda Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya ketibaan Hari Kiamat. Pengakhiran alam adalah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhlukpun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat. Walau bagaimanapun, Nabi Muhamad  memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan disaksikan oleh manusia. Turutan tanda-tanda tersebut adalah bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

    Tanda-tanda kecil

    Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • “ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang Hari Kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ”

  • Zina Bermaharajalela
    “ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
    “ "Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat)." Para sahabat bertanya: "Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran. ”

13 January, 2016

PANORAMA ALAM..

Saja aku uploadkan panorama alam yang amat menakjubkan..bagi yang berminat untuk jadikan wallpaper bolehlah tengok mana yang suka..