26 February, 2018

AKU ANAK KAMPUNG..

Sekali sekala menginap di desa amat damai sekali..lagi2 waktu subuh hari kedengaran pelbagai bunyi burung diselang seli dengan bunyi cengkerik di kebun getah...paling menarik nak mandi pagi..alahai bagai berada di waterfall...sejuk teramat sangat..malam hari jangan cakaplah lebih dari penghawa dingin....inilah dunia aku ketika mula membesar..andai dapat ku undurkan putaran dunia..kembali kezaman bebudak dulu2..aku hanya sekadar bercerita ketika terkenang masa2 lalu...





17 February, 2018

ULAR KAPAK BODOH..

16 Februari 2018..lebih kurang jam 11.40 am..aku bersama pak su sedang baiki pagar reban ayam..ketika aku mengangkat kayu tetiba ular mematuk tangan aku..mugkin juga aku tersentuh ular yang sedang membodohkan dirinya di situ..bersembur darah keluar dari jari kelingking...nasib bĂ iklah masa kejadian tu adik aku aku ada rumah..terus dia bawa ke hospital kulim..sakit tak terkata menahan bisaan ular..bengkak jari dan tangan aku..
Pak su sudah potong kepala..




Ini yang jadi pada jari aku penangan ular kapak bodoh..reput sebahagian isi jari aku..



12 February, 2018

CAHAYA MATA..

Kemarin 11 Februari 2018 lebih kurang jam 7.20 petang..berakhirlah penantian 8 tahun adik aku dan isterinya untuk menimang cahaya mata bilamana puteri sulung dilahirkan. Aku tumpang gembira dan bersyukur kepada ilahi..mungkin ada hikmahnya allah lambatkan rezeki mereka untuk menerima cahaya mata..sesungguhnya kita tidak mengetahui sebab dan mengapa allah menguji kita..mungkin allah nak melihat sejauh mana kesabaran kita..sesungguhnya allah itu maha mengetahui....aku doakan ianya akan menjadi anak yang solehah...