25 March, 2018

PANTAI KUALA MUDA..

Lepas makan kenduri lajak ke pantai..dah bertahun rasanya tak datang kesini..ini pun kebetulan ada kenduri kat sini...masih seperti dulu..tak banyak berubah..tapi sekarang tak boleh lepak lama-lama cuaca panas sangat...



18 March, 2018

KEPALA BATAS DIHATIKU..

Alhamdulillah semalam berlangsungnya pertandingan bolasepak bawah 10 dan 12 tahun bagi seluruh sekolah parlimen Kepala Batas sempena karnival Kepala Batas Dihatiku. Sekolah Kebangsaan Mohd.Shah sekolah anak aku bersekolah berjaya merangkul Johan bagi kategori bawah 10 tahun piala Dato Seri Reezal Merican.

Terima kasih buat cikgu-cikgu yang melatih pemain-pemain sekolah sehingga berjaya merangkul kejuaraan ini...

Karnival kepala batas dihatiku bukan sahaja bolasepak aku tengok pelbagai jenis sukan telah diadakan, memang baik untuk mengasah bakat anak-anak muda...aku hanya sekadar bercerita dan berkongsi cerita...














03 March, 2018

BALIK KAMPUNG..

Hari ni balik kampung melayan anak2 tangkap ikan pulak..parit ni di belakang rumah ja..teringat zaman bebudak dulu2..,