19 January, 2016

Azmil tunjuk perubahan positif



Kuala Lumpur: Pelakon popular era 80an, Azmil Mustapha, 63, semakin pulih dan mulai sedar sepenuhnya selepas dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Putrajaya sejak Khamis lalu.

Adik bongsunya, Aziph Mustapha, 47, ketika dihubungi berkata Azmil sudah menunjukkan perubahan positif sejak semalam.


Aziph menjelaskan proses pemulihan akan mengambil masa yang lama malah keadaan Azmil masih lemah dan perlukan penjagaan rapi.

Pun begitu Azmil sudah mula makan dan minum meskipun dalam kuatiti yang sedikit.

Terdahulu, pelakon filem Ali Setan itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas pada Khamis lalu.

Azmil yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2010 dilaporkan kritikal selepas tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Azmil dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas Khamis lalu.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.







No comments:

Post a Comment