Batu Pahat: Nelayan berusia 21 tahun yang dikatakan terjatuh ke dalam laut akibat dipanah petir berhampiran Rumah Api Sungai Ayam Senggarang, petang semalam ditemui lemas dengan kesan terbakar, 4.50 petang tadi.
Mangsa, Ng Yong Ching, 21, ditemui kira-kira 1.5 batu nautika dari lokasi kejadian.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui dengan kesan terbakar pada bahagian kepala dan kaki dipercayai kesan daripada panahan petir berkenaan.
"Bagaimanapun bedah siasat perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. "Mayat kemudian dibawa ke jeti Sunyai Ayam sebelum diserahkan ke pihak polis untuk siastan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.10 petang tadi," katanya.
MAYAT mangsa ditemui kira-kira 1.5 batu nautika dari lokasi kejadian.
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.
No comments:
Post a Comment