NILAI: Reman dua beradik berhubung kes penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah disambung sehingga Selasa ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaluddin berkata kertas siasatan kemudiannya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungiBernama di sini hari ini.
Dua beradik lelaki masing-masing berusia 21 dan 24 tahun itu ditahan Selasa lepas dan susulan penahanan itu polis menemui mayat bayi yang dibungkus dalam kain dan ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah.
Bayi itu dipercayai telah meninggal dunia selepas dilahirkan di Nilai pada 10 Jan lepas.
Berdasarkan siasatan awal teman lelaki ibu bayi berkenaan yang berusia 24 tahun bersama-sama adiknya telah menanam mayat bayi berkenaan.
Ibu bayi berusia 25 tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum tindakan lanjut diambil.
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.
No comments:
Post a Comment