Seremban: Dua beradik lelaki dipenjara 12 bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayi dengan cara menanam mayatnya, pada 9 Januari lalu.
Hukuman itu dijatuhi Majistret Siti Khairiah Abdul Razak terhadap kedua-dua tertuduh, Muhammad Faez Mohd Fuzi, 24, dan Mohamad Fazrul, 21, selepas mengambil kira pengakuan salah mereka, rayuan peguam dan hujahan pihak pendakwaan.
Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh yang juga ibu kepada bayi lelaki itu, Nurul Atikha Abu Zarin, 26, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama dan dibenarkan ikat jamin RM3,200 sebelum mahkamah menetapkan 16 Februari depan untuk sebutan semula.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayi dengan jalan mengebumikan mayat sama ada bayi itu mati sebelum atau selepas dilahirkan.
Perbuatan itu dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, dekat sini, pada 9 Januari lalu, kira-kira 6 petang.
Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

No comments:
Post a Comment