PROGRAM realiti komedi terkenal tanah air, Maharaja Lawak
Mega 2016 (MLM 2016) kembali dengan gabungan barisan
pelawak lama dan baharu yang bakal menemui peminatnya
bermula 29 Januari ini.
|
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna (132), Emarina Kamal, pemilihan para peserta MLM 2016 dilakukan lebih awal tanpa menggunakan format ‘hot seats’ seperti sebelum ini.
“MLM 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti sebelum ini kerana kami sudah mengenal pasti kumpulan yang layak untuk bertanding untuk edisi kali ini.
“Format ‘hot seats’ tidak lagi digunakan kerana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di program Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016.
"Di samping itu kami turut memperkenalkan beberapa kelainan terutamanya gandingan para peserta,” katanya ketika majlis sidang media di Ramada Plaza Dua Sentral, Kuala Lumpur.
Istimewanya, MLM 2016 menyaksikan beberapa pembentukan kumpulan baru pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti kumpulan LOL yang disertai oleh Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro. Tidak ketinggalan kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor.
Lebih mengejutkan, MLM 2016 turut menyaksikan gabungan Along dan Azrul menerusi kumpulan Cham yang sebelum ini dikatakan sudah berpecah.
Selain itu, dua nama baru bakal muncul sebagai peserta solo iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.
15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.
Sementara itu, sebuah slot istimewa diperkenalkan iaitu Misi Lawak yang akan dikendalikan oleh CK Faizal yang akan ke udara selama 15 minit sebelum bermulanya siaran MLM 2016 pada jam 10 malam.
Saksikan program Maharaja Lawak Mega 2016 setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Empat barisan juri tetap akan diketahui pada hari episod pertama MLM 2016 bersiaran.
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.
No comments:
Post a Comment