20 January, 2016

Maut terkena kipas enjin bot

Miri: Wanita terbunuh dipercayai terkena kipas enjin bot yang dinaikinya bersama suami dalam kejadian di laut berdekatan Pantai Batu 1, Kuala Baram, di sini, hari ini.

Mangsa, Gala Chapi, 55, dikatakan tergelincir dari bot ketika dalam perjalanan pulang selepas menjala ikan bersama suaminya, Antily Tasin,60, pada kira-kira 7 pagi.

Rakan suami mangsa, Steven Joshua, 48, berkata dia dihubungi saudara kepada suami isteri itu, pada kira-kira 10 pagi, yang memintanya membantu mencari pasangan itu yang dikatakan terkandas di laut akibat kehabisan minyak.

Menurutnya, dia kemudiannya mencari pasangan berkenaan dan menjumpai mereka sejam kemudian kira-kira satu kilometer dari pantai batu 1, Kuala Baram.

"Ketika saya merapat ke bot mereka saya dapati mangsa sedang diriba suaminya. Suaminya memberitahu isterinya terjatuh dan terkena kipas enjin bot itu,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisoner Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu bagaimanapun masih belum menerima laporan lengkap.







PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.







No comments:

Post a Comment