18 January, 2016

Isu foto pra-perkahwinan, Syatilla Melvin enggan layan komen negatif

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul 
Melvin memberitahu dia ingin memberikan fokus 
sepenuhnya terhadap persiapan perkahwinan mereka.
PELAKON Syatilla Melvin enggan melayan komen-komen negatif yang diberikan terhadap foto pra-perkahwinannya bersama aktor Shaheizy Sam.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin memberitahu dia ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan perkahwinan mereka.


“Saya ada terbaca mengenai hal tersebut tetapi saya mengambil langkah untuk tidak mempedulikan kata-kata negatif yang diberikan kepada saya.

“Saya tak boleh nak buat apa kerana orang boleh berkata apa sahaja sama ada yang baik atau pun buruk, jadi biarlah mereka nak cakap apa pun.

“Saya tak nak ambil tahu dan yang lebih penting bagi saya sekarang adalah fokus terhadap persiapan perkahwinan.

“Cukuplah saya sibuk nak uruskan persiapan jadi saya tak mahu tambahkan stress dengan melayan perkara-perkara remeh seperti itu,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama Sha dan Shah di MPH Nu Sentral pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkahwinan, Syatilla memberitahu dia agak gementar menanti hari bahagia tersebut.

“Tipulah kalau saya kata tak gementar, lagi-lagi bila tarikh kahwin tu dah dekat. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu.

“Tapi Alhamdulillah setakat ini persiapan perkahwinan sudah siap hampir 70 peratus dan itu membuatkan saya sedikit lega.” jelasnya.

Terdahulu, foto pra-perkahwinan pasangan ini menerima reaksi negatif netizen di mana mereka kurang bersetuju apabila terdapat adegan bersentuhan yang dianggap tidak bersesuaian dengan imej bertudung Syatilla.

Majlis pernikahan pasangan Syatilla dan Sam akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan disusuli dengan majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Manakala majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur serta majlis meraikan peminat pada 20 Februari.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

No comments:

Post a Comment