16 January, 2016

QU PUTEH..QU PUTEH BARULAH PUTIH...


Syarikat kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) secara rasminya menandatangani kontrak penajaan dengan nilai RM16 juta.

Kafa yang diwakili Tan Sri Anuar Musa, manakala Vida Beauty diwakili pengasasnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menandatangani kontrak itu secara terbuka disaksikan barisan exco tertinggi Kafa, pemain serta penyokong pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) dalam satu majlis di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Selain Vida Beauty, Kafa turut menerima tajaan bernilai RM3 juta daripada Chengal Jati Sdn Bhd dan beberapa penaja lain yang tidak dinyatakan nilainya.

Antaranya Universiti Kuala Lumpur, Pelaburan Mara Berhad dan Sinar Harian. Annuar bagaimanapun enggan mengumumkan jumlah keseluruhan tajaan yang diterima Kafa pada musim 2016."Kita tidak berhasrat untuk mengumumkan jumlah keseluruhan‎ kerana angka ini boleh menyebabkan salah faham.


"Ini kerana, antara kita dengan satu penaja ‎mesti dirunding syarat-syarat secara terperinci dan ‎jumlah yang diberikan untuk kegunaan umum tetapi setiap penaja ada kaedah, ada syarat dan caranya," jelas beliau.

Selain itu menurut Annuar, pihaknya juga tidak mahu mengumumkan jumlah tersebut kerana masih ada pihak yang sedang berunding untuk menjadi penaja.

Sementara itu, Annuar berkata, Kafa juga mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu akaun khas dengan penaja utama."Akaun ini akan diamanahkan kepada tujuh ahli jawatankuasa terdiri daripada penaja, Kafa, wakil kerajaan negeri dan tiga wakil persatuan kelab penyokong pasukan Kelantan," katanya.Tambah beliau, penubuhan akaun itu diambil atas persetujuan Hasmiza yang melihat jumlah penajaan sebenar mereka bersifat dinamik‎.

"Daripada tajaan kepada kita bukan sahaja tajaan gaji pemain, tetapi beliau (Hasmiza) ada hasrat dan idea untuk memperbaiki infrastruktur sukan yang kita belum tahu kos sebenar.



"Selain itu, beliau juga komited untuk menggalakkan kemajuan bola sepak di peringkat akar umbi, kita belum tahu juga perbelanjaannya," tegasnya.

No comments:

Post a Comment