18 January, 2016

'Bukan kad pengenalan saya' - Ahmad Maslan


'Bukan kad pengenalan saya' - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan jelaskan kad pengenalannya tidak pernah hilang.
-Gambar fail
BEBERAPA hari lalu, ramai yang berkongsi status yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook di mana pemilik akaun itu mendakwa menjumpai kad pengenalan milik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.



Dalam gambar yang dipaparkan, jelas menunjukkan nama dan gambar si pemilik kad pengenalan tersebut.



Gambar yang disebarkan sebuah akaun Facebook.

Namun hari ini, Ahmad Maslan tampil menjelaskan bahawa kad pengenalan itu hanyalah rekaan dan bukan miliknya.

Ada yg tak bertanggungjawab viralkan konon IC saya tertinggal di tempat yg saya tak pernah pergi. IC saya ada dlm simpanan & tak hilang pun!



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.





No comments:

Post a Comment