20 January, 2016

Alhamdulillah dah keluar hospital

Putrajaya: Pelakon Mohd Azmil Mustapha dibenar keluar hospital hari ini, selepas dirawat di Hospital Putrajaya kerana masalah jantung sejak Khamis lalu.

Adik bongsunya, Mohd Aziph Mustapha, dalam akaun laman sosial Facebook beliau bagaimanapun memaklumkan pelakon berkenaan masih lemah.

"Doktor pakar di sini (Hospital Putrajaya) mengesahkan abang boleh keluar dan diberi penjagaan rapi di rumah.


"Ubat-ubat dibekalkan dan jadual rawatan susulan dengan pelbagai doktor sudah disiapkan," kata Mohd Aziph, 48, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif

Yayasan Inovasi Malaysia.

Catatan Facebook beliau turut memuatkan 10 keping gambar menunjukkan Mohd Azmil berkerusi roda diiringi anggota keluarga meninggalkan Hospital

Putrajaya.

Tambah beliau, Mohd Azmil, 63, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya ketika dirawat di Hospital Putrajaya khususnya doktor, para jururawat dan semua petugas.

"Abang Azmil juga berhasrat membuat kenyataan media sendiri mengenai keadaan dirinya tidak lama lagi apabila keadaan membenarkan," kata Mohd Aziph.




Azmil Mustapha disorong keluar dari Hospital Putrajaya petang tadi. 



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

No comments:

Post a Comment