08 January, 2016

SOLAT JUMAAT





Sempena hari Jumaat yang indah ini tak salah rasanya kalau kita ingat kembali bagaimana bermulanya  solat Jumaat.


Mungkin boleh menguatkan semula memori kita untuk menghayati betapa indahnya hari jumaat. Sememangnya manusia itu perlu diperingatkan secara terus-menerus, bukan untuk orang lain sahaja malah untuk diri sendiri juga.
Sejarah Bermulanya Solat Jumaat

Hari Jumaat yang sangat indah hari ni dengan cuaca yang sangat baik.

Dikatakan bahawa permulaan solat Jumaat itu adalah di Madinah. Ketika hijrah Rasulullah S.A.W. berlaku, apabila tibanya Rasulullah S.A.W. di Quba’, Baginda berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf dan menetap di situ dari hari Isnin hingga Khamis.

Selama 4 hari tersebut, sebenarnya Baginda telah membangunkan sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin.

Apabila tiba hari Jumaat, Rasulullah S.A.W. meneruskan perjalanan. Apabila masuknya waktu solat Jumaat, Baginda ketika itu telah sampai di Kampung Bani Salim Ibn ‘Auf.

Maka Baginda terus mengerjakan solat Jumaat di suatu masjid yang didirikan ketika itu dalam sebuah lembah. Itulah permulaan solat Jumaat yang dilaksanakan Rasulullah S.A.W. iaitu di daerah Madinah.
Sebab dinamakan solat Jumaat

Antara sebabnya sudah pasti ianya dilakukan pada hari Jumaat. Bahkan nama Jumaat itu sendiri diberikan oleh Islam.

Nama asal yang diberikan pada zaman jahiliyah dulunya untuk hari Jumaat ialah ‘urubah‘.

Sesetengah ulama juga ada manyatakan bahawa nama solat Jumaat itu diberikan kerana pada ketika itu para penduduk datang berkumpul atau berjemaah.

Adalah menjadi suatu dosa apabila mereka yang tidak menghadirkan diri untuk solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran atau halangan tertentu.

Menurut mazhab Imam Syafi’e, berjemaah dalam solat Jumaat itu wajib malah termasuk dalam syarat sah solat Jumaat. Barangsiapa yang tidak sempat atau tertinggal perlulah menggantikannya dengan solat Zohor.

Marilah kita berazam untuk datang awal ke masjid untuk bersolat Jumaat. Hari Jumaat ni adalah hari untuk kita terutama laki-laki untuk mencuci dosa, memohon ampun, menadah tangan berdoa, sumber punca rezeki kerana keberkatannya dan lain-lain lagi.

Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment