20 January, 2016

Remaja maut ditikam



Sungai Petani: Remaja lelaki berusia 16 tahun mati akibat ditikam di dada dengan senjata tajam di Bandar Puteri Jaya, di sini, malam tadi.


Kejadian berlaku kira-kira 9 malam di hadapan bangunan rumah kedai ketika mangsa, K Kishen berjalan sendirian sebelum dihalang oleh empat lelaki yang menaiki dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik menahan mangsa seorang daripada suspek bertindak menikam dada mangsa dengan senjata tajam lalu melarikan diri.

"Mangsa yang parah akibat ditikam sempat berlari sejauh lebih 30 meter hingga ke hadapan pasar raya mini sebelum rebah tidak sedarkan diri.

"Orang ramai yang melihat kejadian membantu lalu mengejarkannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan, namun mangsa mati sebaik tiba di hospital," katanya.

LOKASI kejadian mangsa ditikam di Bandar Puteri Jaya. FOTO Omar Osman



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

No comments:

Post a Comment