17 January, 2016

Beg Ditinggal Di Pavilion Hanya Berisi Baju, Bukan Bom - Polis


KUALA LUMPUR: Dua beg galas yang ditinggalkan di bawah kerusi di sebuah pusat membeli-belah di sini menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan bom.
Polis bagaimanapun mengesahkan bahawa dua beg galas berkenaan ditinggalkan oleh dua pelancong warga Korea yang mahu membeli-belah di Pavilion Kuala Lumpur.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, dua pelancong wanita itu meninggalkan dua beg mereka dekat bahagian tengah di aras dua pusat membeli-belah tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Selepas 30 minit menunggu pemilik untuk menuntut beg mereka, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menghubungi kita demi keselamatan orang awam.

"Unit pemusnah bom segera ke tempat kejadian dan beg berkenaan diperiksa dan apa yang ditemui adalah pakaian," katanya.
Kira-kira tiga jam kemudian, dua wanita berkenaan dalam lingkungan 20-an dan 40-an tampil untuk menuntut beg mereka.
"Mereka dibawa untuk disoal siasat. Mereka beritahu kita bahawa mereka mahu pergi membeli-belah, sebab itu mereka tinggalkan beg mereka di situ.

"Kita berpuas hati dengan jawapan mereka. Mereka telah dilepaskan," katanya.
Pemeriksaan mendapati kedua-dua pelancong itu memasuki Malaysia pada Isnin lalu (11 Januari).


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

No comments:

Post a Comment